Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Saya mohon ampun dan maaf seandainya saya... (sama ada sengaja ataupun tidak)
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama

Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala


Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana


Terpekik kuat di telinga
Tersinggung perasaan
Tersakitkan hati

Terpinjam, terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita
Teremail benda yang tak sepatutnya diterima

Termacam-macam yang lain yang tak sepatutnya
Menjelang hari yang mulia di bulan Syawal
Saya menghulur sepuluh jari
Memohon ampun & maaf atas segala kesalahan & dosa yang ada
Dan memohon dihalalkan segala2nya
Kerana saya hanya manusia biasa
Pastinya tak lepas dari membuat dosa
Semoga dimaafkan dan dihalalkan semuanya




Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin






Dari : Mala & Family








2 comments:

Nurhayati said...

selamat hari raya aidilfitri!!!

maaf zahir & batin.

M@L@ said...

nurhayati - selamat hari raya aidilfitri utk awak & family...